CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, April 25, 2009

In progress...

Alhamdulillah...
Akn dtg nnt kami akan mempunyai lagu sendiri.Lagu yang masih lagi dalam pembikinan insyaAllah akan kami bawakan pada persembahan semester hadapan.Sebarang yang terkini dari kami akan dimaklumkan di blog kami ini..

syukran(",)

Sunday, April 12, 2009

Sinar Kedamaian

salam...
da lame rase xupdate blog ni...
actually this week memg sibuk sgt...
tmbhn pula sumer ahli band of brothers akan mghadapi exam...
so dont forget to pray for our sukses okay...Tq

(lirik utk lagu sinar kedamaian yg dibawa ketika prtndgn kt shah alam)

Bagaikan sejuta cahaya melimpahi ruangan maya
Indah sinarnya terpancar dari wajah yang penuh ceria
Terdengar senda dan ketawa menyingkirkan resah dan duka
Terbias kasih dan sayangnya dalam senyum setiap hamba

Lupakan kisah yang dulu lara
Semalam yang sengsara
Tangisan kecewa

Dia maha memelihara
Sentiasa bersama
Setiap hambanya

Jangan pernah engkau ragui
Pada janji dan rahmatnya

Di sini berhimpun hati yang penuh redha
Di dalam suasana penuh ketenangan
Hapuslah semua sendu dan airmata
Dihiasi senyuman penuh kesyukuran

Di sini bertemu hati yang penuh cinta
Bersatu dalam rasa penuh kedamaian
Tiada lagi tersimpan dendam dan sengketa
Diusir keramah penuh kemesraan

Bahagia jalinan hati
Di dalam rahmat Ilahi

(syukran for viewing our simple blog=)

Tuesday, January 27, 2009

Malalm Untukmu Palestin

Malam untukmu palestin akan diadakan pada 29 Januari 2009(Khamis) jam 9 malam bertempat di perkarangan perkarangan IKIM, Jalan Duta. Malam untukmu Palestin dianjurkan oleh Intitut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM) dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia(IRM) dengan inisiatif dari pihak IKIM bagi membantu rakyat Palestin.Malam ini akan mempersembahkan hafizhamidun, hijjaz, in-team, aiman dan kumpulan izzatuna dan juga beberapa persembahan lain.
Masuk Percuma.

Hentikan menyokong ISRAEL LAKNATULLAH!!!!


Kepada semua teman,hentikan menyokong ISRAEL dengan memboikot barangan yang berkaitan dengan negara haram itu.Segala usaha yang anda lakukan dapat menyelamatkan nyawa saudara seISLAM kita semua di Palestin.

Friday, January 16, 2009

Ya Rasul

Telah pergi selamanya
Namun kasih tak terpadam
Ya Rasul....

Kau insan mulia
Kau insan berjasa pada dunia
Kau rasul pembela agama tercinta

Telah kau lakar
Sebuah dunia
Penuh indah
Dan terserlah agungmu

Berikan padaku syafaat
Dihari pertemuan yang abadi
Ya Rasulallah........

Telah pergi selamanya
Namun kasih tak terbalas
Ya Rasul....